Wednesday, 16 April 2014

Adakah makanan anda bersifat alkali atau asidik?

Tahukah anda, dalam diet pemakanan yang sihat seharian, kita digalakkan untuk mengambil 80% makanan bersifat alkali, manakala 20% lagi bersifat asidik. Ini penting bagi memastikan keneutralan pH perut, tempat di mana makanan diproses dan diserap oleh badan.  pH yang baik memastikan badan sihat, sebaliknya jika tidak dijaga, akan mengundang 1001 jenis penyakit.

Apakah yang dimaksudkan dengan makanan bersifat alkali?
Iaitu makanan yang mampu meningkatkan paras oksigen di dalam darah. Makanan berasid pula makanan yang menurunkan paras oksigen. 

Sifat alkali atau asidik makanan tidak ditakrifkan melalui deria rasa lidah, di mana kebanyakan kita beranggapan makanan yang berasa masam seperti buah oren adalah asidik, yang pahit di lidah seperti peria itu alkali.

Jom sama-sama periksa jadual di bawah bagi mengetahui sifat makanan kita seharian:





Bagaimana?

Terkejut bukan? Rupa-rupanya ayam dan daging yang langsung tidak rasa masam atau pahit itu sifatnya asidik.  Secara amnya, kebanyakkan sayuran dan buahan bersifat alkali, manakala daging, ayam, ikan, makanan yang diproses, sifatnya adalah asidik. Makanan yang diproses rata-ratanya bersifat sangat tinggi asidik. Makanan beralkali secara amnya membantu meningkatkan tenaga, badan berfungsi lebih baik, menurunkan risiko pelbagai penyakit dan melambat proses penuaan.


Ayuh kita amalkan mengambil makanan 80% alkali, 20% asidik. Sebarkan buat ahli keluarga dan rakan-rakan anda untuk manfaat bersama!


Nota kaki:
Jika dilihat pada pola pemakanan Rasulullah SAW, Baginda mengamalkan buah kurma, susu, buah-buahan lebih banyak daripada memakan daging. Baginda hidup lebih 1400 tahun yang lampau, tapi sudah lama mengamalkan pemakanan yang sihat. Benarlah Rasulullah itu ikutan manusia sepanjang zaman, setiap sunnah baginda membawa manfaat yang terlalu banyak. Salam dan salawat ke atas junjungan nabi terakhir kita, Nabi Muhammad SAW.


Sumber:
sumber
Mengapa Rasulullah SAW Tidak Pernah Sakit (2012)